2 April, Ustaz Satiful Bahri bin Mamat yang merupakan timbalan pesuruhjaya PAS III Negeri Terengganu menyifatkan umat Islam sekarang umpama seekor beruang yang tidak mempunyai taring.

Selepas kejatuhan Kilafah Islamiyah pada 1824, kekuatan umat Islam sekarang semakin lemah. Umat Islam sekarang seolah-olah dikawal dan tunduk segala perancangan yang diaturkan oleh  negara-negara barat. Sehinggakan sekarang, terdapat negara-negara Islam yang ditindas dengan teruknya sekali padahal dulu umat Islam pernah menguasai 2/3 dunia.

Mengulas dengan kekuatan umat Islam yang lemah sekarang, Ustaz Satiful Bahri menyifatkan kekuatan umat Islam lemah kerana usaha Jihad semakin ditinggalkan. Beliau berkata “Jihad merupakan Taring Umat Islam. Tikus akan berjoget sekiranya kucing tidak mempunyai taring kerana tikus takut akan kucing kerana taringnya. Begitu juga umat Islam. Umat Islam umpama beruang yang besar, namun sekiranya umat islam yang seramai berbilion orang  tidak melaksanakan jihad sama seperti beruang yang tidak mempunyai taring. Menyebabkan orang lain tidak takut akan beruang tersebut bahkan berani untuk memeluknya”.

Beliau berkata demikian di kuliah jumaat yang diadakan di Masjid Pinang Merah.