Pada kali ini Negeri Terengganu dipilih menjadi tuan rumah untuk menganjurkan Ijtima’ Guru PASTI Malaysia 2010. Program yang berlangsung selama 2hari ini mendapat sambutan yang meriah daripada semua perwakilan guru pasti di negeri2 seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Hari Pertama

Program bermula pada hari jumaat bersamaan 28/5/2010 dimana pendaftaran semua kontijen di Masjid Rusila, Marang dan berpindah ke Markas Tarbiyyah Kuala Ibai selepas Solat Jumaat untuk slot perasmian..

Sesi pendaftaran di Masjid Rusila

Sekitar jam 2.45 ptg slot perasmian Ijtima’ Guru PASTI Malaysia 2010 dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis iaitu Ustaz Hishamuddin dari Kemaman. Majlis dimulakan dengan alunan bacaan suci Al-Quran oleh adik dari Dungun. Setelah itu hadirin diminta bangun untuk menyanyikan lagu PASTI, semua hadirin semangat menyanyikan lagu ini. Program diteruskan dengan ucapan oleh Pengarah Jabatan PASTI Negeri Terengganu (Ustaz Soud), Pengerusi MGP Pusat (Pn Saadiah), Ketua Pengarah Jabatan PASTI Pusat (Cikgu Azrin) dan ucapan dari Y.Bhg Dato Hj Abu Bakar Chik selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS seterusnya merasmikan program.

Cikgu Azrin meyampaikan ucapannya
Pengarah2 Jabatan PASTI Negeri2 yang hadir

Gimik perasmian program

Program dimeriahkan lagi dengan dendangan lagu oleh pelajar PASTI Negeri Terengganu dan kumpulan Ex-PASTI yang dapat mengharukan setiap hadirin yang hadir dengan bait2 lagu serta kelunakan suara mereka. Slot persembahan ini juga diselitkan dengan penyampaian sajak oleh Ex-PASTI Negeri Terengganu.

Persembahan pelajar PASTI
Persembahan kumpulan Ikhwan (Ex-PASTI)

Deklamasi sajak oleh Ex-PASTI Negeri Terengganu

Sebagai janji seorang guru yang memberikan seluruh komitmen mendidik tunas2 Islam, slot ikrar Guru PASTI Malaysia menjadi tumpuan kerana guru2 yang hadir penuh semangat melaungkan ikrar. Ikrar guru PASTI Malaysia diketuai oleh Pengerusi MGP Negeri Terengganu, Cg Noriah.

Cg Noriah mengetuai bacaan Ikrar Guru PASTI
Janji mereka yang bergelar guru PASTI

Program diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan ABM K4T kepada PASTI Negeri dan penyampaian hadiah serta anugerah sempena Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia. Penyampaian cenderahati ini disampaikan oleh Y.Bhg Dato Hj Abu Bakar Chik.

Penyampaian Anugerah Tokoh Guru Negeri
Penyampaian Anugerah Guru Cemerlang
Barisan penerima Anugerah Guru Cemerlang

Program yang bermula pada jam 2.45petang ini telah tamat pada jam 6petang dengan kontijen2 pulang ke penginapan masing2. Pada malam harinya, taklimat KOPASTI diadakan untuk menambah pendapatan PASTI dan dibuka pendaftarannya kepada semua yang ingin menjadi ahli.

Hari Kedua

Hari kedua diteruskan dengan muktamar MGP Pusat.

Penyerahan kad undi kepada Ketua SPR

Pengerusi tetap yang dilantik

Perbahasan usul dan komen dari wakil setiap Negeri

Barisan mantan kepimpinan MGP Pusat

Suasana ketika muktamar

Barisan kepimpinan MGP Pusat yang baru

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Soud bersama AJK2 yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan serta lokasi muktamar yang selesa kepada semua kontijen yang hadir. Semoga ia dapat menjadi contoh atau titik rujukan kepada muktamar yang akan datang..InsyaAllah.

Gambar perwakilan setiap Negeri

Perwakilan Negeri Sabah

Perwakilan Negeri Sarawak

Perwakilan Negeri Selangor

Perwakilan Negeri Pulau Pinang

Perwakilan Negeri Perak

Perwakilan Negeri Perlis

Perwakilan Wilayah Persekutuan

Perwakilan Negeri Melaka

Perwakilan Negeri Kedah

Perwakilan Negeri Terengganu

Perwakilan Negeri Kelantan

Perwakilan Negeri Johor

Perwakilan Negeri Sembilan

Perwakilan Negeri Pahang