Peranan Unit Amal sangat penting dalam perjuang untuk menegakkan cita2 Islam yang memerlukan penglibatan khususnya kalangan muda yang menjadi pelapis kepada perjuangan ini. Dalam masa yg sama usaha untuk mengajak supaya menyokong perjuangan tidak cukup dengan ceramah2 dan ucapan2 shj. Kerana bukan semua orang berminat dengan ilmu. Bahkan kebanyakan anggota dalam masyarakat khususnya pada hari ini tidak berminat ngan ilmu. Ada yang berminat mendengar sahaja, tidak berminat membaca. Hanya segelintir sahaja yang berminat membaca.

Maka kita perlu melakukan sentuhan kepada perasaan mereka supaya bersama dengan perjuangan ini. Kita melakukan khidmat2 dan sumbangan2 kebajikan. Di sini lah Allah SWT menetapkan beberapa bahagian yang penting dalam harta zakat. Diantara bahagian2 itu ialah sumbangan dan khidmat kepada masyarakat. Bukan sahaja untuk menolong mereka dalam menghadapi masalah kehidupan, yang penting menolong sikap mereka. Supaya jangan hanyut dalam kesesatan. Yang melanda masyarakat laksana banjir, kita berada dalam suasana kebanjiran, kefahaman yang menyeleweng daripada kefahaman islam. Banyak anggota2 masyarakat, menjadi mangsa keruntuhan akhlak. Penyelewengan mereka dalam segenap bidang, khusus dalam bidang agama. Kita memerlukan satu pemerintahan yang melindungi masyarakat dengan syariat agama Allah SWT.

Malangnya dalam negera kita pada hari ini, kesedaran untuk melakukan perubahan dalam pemerintahan di kalangan melayu islam sangat lemah. Mereka tidak berfikir langsung tentang kewajipan perubahan dalam pemerintahan Negara. Sebab itu kita melihat sangat mengejutkan dan membimbangkan, apabila di kalangan2 yang bukan Islam sedar untuk melakukan perubahan tetapi orang Islam sendiri tidak mempunyai kesedaran dan kemampuan untuk membuat perubahan.  Dalam pilihan raya di Sibu, pakatan rakyat dah menang melalui DAP. Banyak di kalangan kita bersorak kerana kita sudah menang, kita tidak sedar bagaimana orang kita sendiri “sudah faham untuk membuat perubahan?”. Sekiranya orang lain membuat perubahan, kita tidak, maknanya terlingkup kita. Tidak memberi apa2 makna dan erti. Maka tanggungjawab umat Islam terpenting ialah menyedarkan umat Islam sendiri supaya bersama membuat perubahan secara Islam. Semua pihak menyedari bahawa mojariti rakyat Negara ini adalah orang2 Islam. Maka orang Islam adalah teras untuk memerintah Negara. Selagi kita boleh menguasai orang2 Islam yang menjadi teras pemerintahan Negara, kita tidak boleh melakukan perubahan Islam, pembetulan sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah Allah SWT.

Apa yang menarik saya dalam pilihan raya di Sibu baru2 ini, bukan sekadar kemenangan DAP, tetapi lebih jauh daripada itu, kita telah Berjaya menunuhkan cawangan PAS di Sibu. Dan apa yang menarik, diantara kalangan yang menyertai PAS dalam cawangan yang ditubuh itu ialah keluarga kepada As-Syahid Rosli Dhobi. Barang kali banyak dikalangan kita tidak kenal siapa Rosli Dhobi. Kepada siapa yang membaca sejarah pun terlupa juga. Dia itu ialah pemuda islam daripada Serawak, yang berusia sama dengan Unit Amal. Usianya ialah 17 tahun yang telah Berjaya membunuh Gabenor British di Serawak pada tahun 1940. Dan dia telah dijatuhkan hukuman gantung sehingga mati, bersama dengan 4 orang rakan2nya dalam usia mengikut undang2 tidak boleh dijatuhkan hukuman kerana belum sampai 18 tahun. Maka sengaja diubah kad pengenalannya supaya boleh dijatuhkan hukuman mati. Dia tiada anak kerana usianya terlalu muda, dia seorang guru yang terlalu muda dizaman itu. Tahun 40-an, darjah 5 sudah boleh menjadi cikgu. Masa itu tiada parti politik, tapi dia benci kepada penjajah. Dan itulah yang dia buat, dan dia telah syahid dan namanya terpahat dalam perjuangan Islam dalam tanah air kita. Tetapi ramai yang tidak tahu kerana UMNO mengajar, hanya UMNO memperjuangkan untuk kemerdekaan.