Category: DUN Paka



2 April, Ustaz Satiful Bahri bin Mamat yang merupakan timbalan pesuruhjaya PAS III Negeri Terengganu menyifatkan umat Islam sekarang umpama seekor beruang yang tidak mempunyai taring.

Selepas kejatuhan Kilafah Islamiyah pada 1824, kekuatan umat Islam sekarang semakin lemah. Umat Islam sekarang seolah-olah dikawal dan tunduk segala perancangan yang diaturkan oleh  negara-negara barat. Sehinggakan sekarang, terdapat negara-negara Islam yang ditindas dengan teruknya sekali padahal dulu umat Islam pernah menguasai 2/3 dunia.

Mengulas dengan kekuatan umat Islam yang lemah sekarang, Ustaz Satiful Bahri menyifatkan kekuatan umat Islam lemah kerana usaha Jihad semakin ditinggalkan. Beliau berkata “Jihad merupakan Taring Umat Islam. Tikus akan berjoget sekiranya kucing tidak mempunyai taring kerana tikus takut akan kucing kerana taringnya. Begitu juga umat Islam. Umat Islam umpama beruang yang besar, namun sekiranya umat islam yang seramai berbilion orang  tidak melaksanakan jihad sama seperti beruang yang tidak mempunyai taring. Menyebabkan orang lain tidak takut akan beruang tersebut bahkan berani untuk memeluknya”.

Beliau berkata demikian di kuliah jumaat yang diadakan di Masjid Pinang Merah.

Advertisement

PAKA, JUMAAT; Ijtima’ Pemuda PAS Paka (IMPAK) 2010, telah berjaya diadakan dengan jayanya. Program yang bermatlamatkan mengeratkan lagi ukhuwah kerana Allah taala, bukan kerana Kebendaan atau Kedunian. Di samping, menyemarakkan lagi roh juang di dalam diri pemuda-pemuda. Kehadiran adalah di kalangan pendokong-pendokong PAS di cawangan masing-masing. Yang apabila mereka kembali ke cawangan masing-masing, perkara yang sama hendaklah dilakukan, untuk melihat PAS memperolehi kemenangan dalam PRU akan datang, semangat juang perlulah senantiasa disuntik, suntikan daripada semangat juang yang telah ditunjukkan oleh Para Anbiya’ alaihimussolatu wassalam, Para Sahabat radhiallu anhum, Para Syuhada yang terdahulu dan mereka yang soleh yang ada hari ini. Merekalah panduan kita. Antara lain matlamat ijtima’ ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi organisasi di JPC dan tidak lupa di peringkat pemuda dun. Perhebatkan lagi. Budaya muhasabah, budaya kritis, yang akan meng’Gah’kan PAS ini. Ijtima’ yang dimulakan dengan Ucapan alu-aluan oleh

Ketua Pemuda PAS Paka, disusuli dengan ucapan taujihat oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Hanafi bin Abd Aziz, dan diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ustaz Jamaluddin bin Jusoh. Yang masing-masing menekankan, perlunya menunaikan amanah yang diamanahkan dengan Ikhlas, dan bersungguh-sungguh.