28hb Mei 2010 –  Ana bersama seorang AJK Pasti Kaw Dungun dalam perjalanan ke Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2010 yang diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai. Perjalanan kami daripada Dungun yang memakan masa dalam sejam lebih. Dalam pukul 10 pagi, kami sampai di Kijing dan kami terkejut melihat sebuah Bas yang telah melanggar sebuah rumah. Kami membuat keputusan untuk berhenti dan mengambil berberapa gambar bagi dikongsikan dengan sahabat-sahabat.

teruk kemalangan yang berlaku

tiga buah motosikal turut menjadi terkena dalam kemalangan ini

Dalam temubual secara tidak formal dengan saksi kejadian, kemalangan itu berlaku akibat berlaku kerosakan pada stereng bas yang menyebabkan bas tidak dapat dikawal dan terus melanggar garaj rumah. Menurutnya lagi, pemandu bas tersebut merupakan seorang lelaki melayu mengelami kecederaan ringan serta tulang lengannya patah. Oleh kerana kami singgah sekejap saja, sejauh mana kebenaran kata saksi tersebut tidak dapat disahkan.

kereta yang dihempap garaj rumah

kerosakan pada kereta

Dalam pada masa yang sama, ana turut menemu bual tuan rumah tersebut Nur Fatimah, 63 tahun. Menurut beliau “dalam pukul 8.00 pagi, makcik pergi pasar. Lebih kurang dalam pukul 8.05 pagi, ketika itu makcik masih dalam perjalanan ke pasar, anak mak cik telepon. Katanya bas langgar kereta. Mak cik ingat kereta je yang dilanggar. Mak cik bergegas pulang. Terkejut mak cik melihat bahagian garaj rumah dah rosak. Menurut beliau lagi “Alhamdulillah, nasib baik anak2 mak cik tidak apa-apa. Kebiasaanya seorang anak makcik tu tidur di bahagian atas garaj tu, nasib baik hari ini dia tidur dibahagian ruang tamu (di tinggat bawah)”. Ditanya tentang kerosakan yang dialami, makcik memberitahu “seperti yang adik lihat lah, 2 kereta rosak, garaj runtuh, 3 motosikal terbalik, sebuah akuarium pecah”

Nur Fatimah terkejut dengan apa yang terjadi